Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kelahiran Semula...wujudkah ia?


Apakah tafsiran Islam tentang kepercayaan mengenai kelahiran semula jelmaan roh seseorang?

Maksud kelahiran semula ialah apabila roh seseorang yang sudah mati, berpindah ke dalam jasad orang lain atau sesuatu yang lain. Sebenarnya, meyakini perkara ini merupakan satu kebatilan dan salah satu bentuk kekufuran kepada Allah S.W.T.

Mengakui kelahiran semula roh bererti mendustakan nas-nas berkaitan hari Akhirah. Sebagaimana yang disebut dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

                                         "Demi sesungguhnya, Allah telah mengira mereka dengan
                                           pengetahuanNya serta menghitung mereka satu per satu. Dan
                                           mereka semua akan datang menghadapNya pada hari kiamat
                                           dalam
keadaan bersendirian."
                                         
                                                                                                       ( Surah Maryam : 94-95)


Apa yang dijelaskan syariat seperti azabdan nikmat kubur serta soalan kubur menjadi dalil yang jelas bahawa roh seseorang tidak berpndah kepada orang lain. Azab dan nikmat itu dirasakan jasad dan roh sehingga umat manusia dihimpunkan di sisi Tuhan mereka pada hari kiamat.



 :