Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kelahiran Semula...wujudkah ia?


Apakah tafsiran Islam tentang kepercayaan mengenai kelahiran semula jelmaan roh seseorang?

Maksud kelahiran semula ialah apabila roh seseorang yang sudah mati, berpindah ke dalam jasad orang lain atau sesuatu yang lain. Sebenarnya, meyakini perkara ini merupakan satu kebatilan dan salah satu bentuk kekufuran kepada Allah S.W.T.

Mengakui kelahiran semula roh bererti mendustakan nas-nas berkaitan hari Akhirah. Sebagaimana yang disebut dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

                                         "Demi sesungguhnya, Allah telah mengira mereka dengan
                                           pengetahuanNya serta menghitung mereka satu per satu. Dan
                                           mereka semua akan datang menghadapNya pada hari kiamat
                                           dalam
keadaan bersendirian."
                                         
                                                                                                       ( Surah Maryam : 94-95)


Apa yang dijelaskan syariat seperti azabdan nikmat kubur serta soalan kubur menjadi dalil yang jelas bahawa roh seseorang tidak berpndah kepada orang lain. Azab dan nikmat itu dirasakan jasad dan roh sehingga umat manusia dihimpunkan di sisi Tuhan mereka pada hari kiamat.



 :

Wujudkah Haiwan di Syurga kelak?





Adakah terdapat haiwan di syurga nanti? Jawapannya ialah ya. Sebenarnya haiwan-haiwan Syurga telah disebut dalam beberapa hadis yang terdiri daripada 3 bahagian.

Pertama, terdapat keterangan yang menyatakan bahawa hanya terdapat haiwan tertentu di Syurga seperti anjing, ashabul kahfi dan unta Nabi Soleh a.s. Ia merupakan keterangan yang tidak sahih.

Kedua, haiwan yang disebut dalam Al-Quran dan sunnah sebagai makanan yang dihidangkan oleh Allah S.W.T kepada orang-orang yang beriman di Syurga. Ada kalanya haiwan itu disebut jenisnya secara jelas sebagaimana dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

                                “Serta daging burung daripada jenis-jenis rupa mereka ingini.”
                                                                                                             ( Surah Al-Waqiah : 21)


  Ada ketika, Allah S.W.T memberikan gambaran secara umum tentang haiwan yang terdapat
  dalam Syurga. Allah S.W.T  berfirman yang bermaksud :
                              
                                  "Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi  mereka (dari masa ke masa)
                                   daripada pelbagai jenis yang mereka ingini."
                                                                                                              ( Surah al-Tur : 22 )

Ketiga, terdapat jenis haiwan yang disebut jelas akan kewujudannya dalam Syurga. Kebanyakan ia berdasarkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya satu riwayat daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya bahawa seorang lelaki bertanya adakah terdapat kuda dalam Syurga, baginda s.a.w manjawab :

  “Jika Allah memasukkan kamu ke Syurga, kamu akan dinaikkan ke atas seekor kuda yang diperbuat daripada permata merah dan ia siap membawa kamu terbang kemana sahaja mengelilingi Syurga. Perawi berkata : Kemudian ada lagi lelaki yang bertanya, katanya : Wahai Rasulullulah s.a.w adakahterdapat unta dalam Syurga? Baginda tidak memberikan jawapan seperti yang dikatakan kepada rakannya sebelumnya tetapi bersabda : Jika Allah S.W.T memasukkan kamu ke Syurga, kamu akan memperoleh apa  sahaja yang kamu inginkan.” (Riwayat Tarmizi, no. 2543. Hadis ini diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib, jil.3, ms.522.



Perlu diingat bahawa burung, kuda dan binatang lain yang wujud dalam Syurga tidak sama seperti fizikalnya di bumi. Hakikat sebenar bentuk dan sifatnya tidak diketahui sesiapa melainkan Allah S.W.T. Wallahua'lam..Yang pasti ia amat cantik kerana termauk dalam nikmat-nikmat yang disediakan oleh Allah S.W.T.